PROTON

|

Kereta Nasional

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4
Tema : Era Sains Dan Teknologi
Tajuk : Kereta Nasional
Muat Turun Hasil Projek : Microsoft Office Power Point

PERKHEMAHAN

|

Program Perkhemahan

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kertas : Penulisan
Tahap : 2
Arahan Tugasan :
1. Sekolah kamu telah mengadakan program perkhemahan baru-baru ini.
Sebagai setiausaha salah satu unit beruniform, kamu telah diminta menulis
laporan berkenaan program tersebut. Tuliskan laporan itu.

2. Kamu telah mengikuti satu program perkhemahan baru-baru ini.
Ceritakan pengalaman kamu menyertai perkhemahan tersebut.

3. Kamu telah mengikuti satu program perkhemahan anjuran pihak sekolah
baru-baru ini. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat pena kamu untuk
menceritakan pengalaman kamu menyertai perkhemahan tersebut.

Rangka Karangan :

BAHAYA ROKOK

|

Merokok Membahayakan Kesihatan

KUALA LUMPUR, Isnin – Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan amaran kepada perokok-perokok supaya tidak merokok di tempat awam. Kementerian Kesihatan juga telah mengarahkan semua pengusaha restoran, pusat membeli-belah dan pejabat supaya menyediakan satu ‘zon merokok’ di tempat-tempat yang sesuai.

Kawasan ini membolehkan perokok-perokok menghisap rokok dengan tidak mengganggu orang awam. Pihak polis sedia memberikan kerjasama untuk memastikan peraturan ini dipatuhi. Kementerian Dalam Negeri telah bercadang untuk mengenakan denda sebanyak RM1000 hingga RM2000 atau sebulan penjara jika sabit kesalahan.

Menurut Menteri kesihatan, langkah-langkah yang diambil ini adalah untuk mengawasi pencemaran udara oleh asap rokok yang boleh membahayakan kesihatan. Tambahan pula, kadar pesakit jantung di negara kita semakin bertambah dari semasa ke semasa akibat ketagihan merokok. Kerajaan juga telah meletakkan tanda ‘dilarang merokok’ di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti hospital, stesen minyak, pawagam dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, masih terdapat perokok yang tidak mengendahkan amaran dan larangan tersebut. Malahan ada yang tidak tahu akan bahaya narkotin di dalam rokok. Beliau amat berharap agar pihak-pihak yang berkenaan dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya demi menjaga kesihatan orang ramai.


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kertas : Pemahaman
Jenis Petikan : Berita
Tahap : 2

Soalan Latihan :

BULAN MEMBACA

|

Program Bulan Membaca

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kertas : Penulisan
Tahap : 2
Arahan Tugasan :
1. Sekolah kamu telah mengadakan program Bulan Membaca baru-baru ini.
Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu telah diminta menulis
laporan berkenaan program tersebut. Tuliskan laporan itu.

2. Sewaktu kamu pulang ke kampung pada cuti persekolahan yang lalu,
kamu telah berbual dengan rakan kamu di sana tentang Bulan Membaca
yang telah diadakan di sekolah kamu. Tuliskan dialog perbualan tersebut.

Rangka Karangan :

KAEDAH PELAKSANAAN

|

Pelaksanaan Pembelajaran
Berasaskan Projek

Dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek, guru perlu menyediakan pelan unit sebagai portfolio guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pelan unit tersebut, guru harus merangka pelaksanaan projek secara terarah dengan menggunakan Kerangka Soalan Kurikulum atau Curriculum Frame Question (CFQ) yang mencakupi soalan utama atau essential question (EQ), soalan uni atau unit question (UQ) dan soalan kandungan atau content question (CQ). Berikut ini adalah contoh EQ, UQ dan CQ berdasarkan tajuk Permainan Tradisional.


Bagi memudahkan guru-guru melaksanakan kaedah pembelajaran ini, formula GRAPS digunakan iaitu :


Setelah tugasan disiapkan, guru perlu memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk mempertontonkan hasil projek di khalayak melalui persembahan kumpulan sebelum hasil persembahan itu dinilai dan diberi maklum balas. selepas itu, murid akan melaporkan hasil tugasan yang telah disiapkan dengan daya kreativiti sendiri dalam bentuk brosur, penghasilan blog, poster, laporan dan sebagainya yang akan memberikan kesempatan kepada murid-murid mengembangkan kemampuan berfikir aras tinggi atau high order thinking.

UCAPAN PERPISAHAN

|

Ucapan Perpisahan

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kertas : Penulisan
Tahap : 2
Arahan Tugasan :
1. Satu majlis akan diadakan sempena pertukaran guru kelas kamu ke sebuah
sekolah baru. Kamu sebagai ketua kelas telah diminta untuk berucap dalam majlis
tersebut. Tuliskan teks ucapan kamu itu.

2. Satu jamuan perpisahan akan diadakan untuk murid-murid Tahun Enam.
Kamu telah diminta untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili rakan-rakan kamu.
Tuliskan teks ucapan kamu itu.

Rangka Karangan :

KONSEP PEMBELAJARAN

|

Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan projek atau project based learning (PBL) merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang mengaplikasikan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid (student centered learning). Strategi berasaskan tugasan atau projek ini merujuk kepada prinsip murid meneroka sesuatu tajuk atau permasalahan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan secara bermakna.

Dalam kaedah ini, murid-murid diberi peluang sepenuhnya dalam membina pengetahuan mereka sendiri berasaskan tajuk yang diberikan dengan mendapatkan input-input melalui bacaan luas daripada teknologi maklumat dan sebagainya dalam menghasilkan produk yang realistik. Secara tidak langsung murid-murid akan diberi ruang dan peluang mengembangkan kecekapan dalam menguasai teknologi maklumat dan komunikasi semasa menerokai alam siber untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

Pembelajaran berasaskan projek berkehendakkan murid-murid berbincang dalam kumpulan untuk menyiapkan tugasan dan projek atau menyelesaikan masalah yang diberikan secara bersama serta menggunakan pengetahuan dan peralatan tertentu dalam menghasilkan sesuatu produk, memperoleh penyelesaian atau membuat sesuatu laporan. Dalam menggunakan pengetahuan dan peralatan tertentu ini, murid-murid akan membina suatu pengetahuan dan kemahiran baharu.

Sehubungan dengan itu, pembelajaran melalui kaedah ini bukan hanya berfokus kepada penghasilan produk tugasan, penyelesaian masalah atau laporan berteraskan projek yang dijalankan tetapi memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran baharu yang dibina dan digunakan dalam menghasilkan tugasan projek. Hal ini demikian kerana melalui kaedah pembelajaran ini, murid-murid berpeluang merancang, mereka bentuk dan melaksanakan projek yang diberi serta membuat refleksi berkenaan proses yang dilakukan dan produk yang terhasil.

Pembelajaran berasaskan projek, mengemukakan projek. masalah atau tugas yang autentik serta memberikan peluang mewujudkan simulasi yang lebih realistik untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, kaedah pembelajaran ini amat bersesuaian dalam menyediakan murid-murid menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka terutama dalam bidang kerjaya.

BEKAL KE SEKOLAH

|

Faedah Membawa Bekal Ke Sekolah

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kertas : Penulisan
Tahap : 2
Arahan Tugasan :
1. Membawa bekal ke sekolah memberi banyak faedah kepada murid-murid.
Tuliskan faedah-faedah tersebut.

2. Kamu sedang berbual-bual dengan rakan kamu tentang faedah membawa
bekal ke sekolah. Tuliskan dialog antara kamu dengan rakan kamu itu.

Rangka Karangan :

PENDIDIKAN ALAF BARU

|

Pendekatan Pendidikan Alaf Baru

Seluruh dunia mengalami ledakan teknologi maklumat dan komunikasi yang memberi impak dalam semua bidang kehidupan manusia dan bidang pendidikan juga tidak dapat lari daripada tempias arus kemajuan globalisasi ini. Setiap maklumat diperoleh melalui kemudahan akses internet yang memberi laluan kepada pengguna khususnya golongan pelajar mendapatkan maklumat dengan lebih mudah, meluas dan efisien.

Sehubungan dengan itu, kurikulum sekolah yang selama ini mengaplikasikan pendekatan pembelajaran berpusatkan guru (teacher centered learning) menuntut perubahan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid (student centered learning). Hal ini selaras dengan tuntutan kehidupan masa depan generasi muda yang memerlukan mereka memiliki kemahiran berfikir dan belajar (thinking and learning skils) yang mencakupi kecekapan menyelesaikan masalah (problem solving), berfikir secara kritis (critical thinking), kolaborasi dan kemahiran berkomunikasi.

Kesemua kemahiran berfikir dan belajar ini boleh dikuasai oleh murid-murid sekiranya guru mampu merancang aktiviti pembelajaran yang mengandungi aktiviti atau kegiatan yang memerlukan murid-murid berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan permasalahan atau semasa menyiapkan tugasan yang diberi. Dalam aktiviti pembelajaran ini juga, murid-murid didorong dan dituntut untuk berkolaborasi dalam kumpulan yang dibentuk.

BELAJAR BERKUMPULAN

|

Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kertas : Penulisan
Tahap : 2
Arahan Tugasan :
1. Belajar secara berkumpulan terbukti membawa kejayaan kepada murid-murid.
Tuliskan kebaikan-kebaikan belajar secara berkumpulan.

2. Kamu sedang berbual-bual dengan rakan kamu tentang kebaikan belajar secara
berkumpulan. Tuliskan dialog antara kamu dengan rakan kamu itu.

Rangka Karangan :

PROJECT BASED LEARNING

|

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5
Tema : Permainan Tradisional
Tajuk : Wau Bulan
Muat Turun Hasil Projek : Microsoft Office Power Point