Showing posts with label Project Based Learning. Show all posts
Showing posts with label Project Based Learning. Show all posts

ANIMASI

|

Sahabat Sejati

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahap : 1 & Kelas Pemulihan
Tema : Nilai Murni
Tajuk : Sahabat Sejati
Muat Turun Hasil Projek : Microsoft Office Power Point

INTERNET

|

Keburukan Internet

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 6
Tema : Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Tajuk : Keburukan Internet
Muat Turun Hasil Projek : Microsoft Office Power Point

PROTON

|

Kereta Nasional

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4
Tema : Era Sains Dan Teknologi
Tajuk : Kereta Nasional
Muat Turun Hasil Projek : Microsoft Office Power Point

KAEDAH PELAKSANAAN

|

Pelaksanaan Pembelajaran
Berasaskan Projek

Dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek, guru perlu menyediakan pelan unit sebagai portfolio guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pelan unit tersebut, guru harus merangka pelaksanaan projek secara terarah dengan menggunakan Kerangka Soalan Kurikulum atau Curriculum Frame Question (CFQ) yang mencakupi soalan utama atau essential question (EQ), soalan uni atau unit question (UQ) dan soalan kandungan atau content question (CQ). Berikut ini adalah contoh EQ, UQ dan CQ berdasarkan tajuk Permainan Tradisional.


Bagi memudahkan guru-guru melaksanakan kaedah pembelajaran ini, formula GRAPS digunakan iaitu :


Setelah tugasan disiapkan, guru perlu memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk mempertontonkan hasil projek di khalayak melalui persembahan kumpulan sebelum hasil persembahan itu dinilai dan diberi maklum balas. selepas itu, murid akan melaporkan hasil tugasan yang telah disiapkan dengan daya kreativiti sendiri dalam bentuk brosur, penghasilan blog, poster, laporan dan sebagainya yang akan memberikan kesempatan kepada murid-murid mengembangkan kemampuan berfikir aras tinggi atau high order thinking.

KONSEP PEMBELAJARAN

|

Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan projek atau project based learning (PBL) merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang mengaplikasikan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid (student centered learning). Strategi berasaskan tugasan atau projek ini merujuk kepada prinsip murid meneroka sesuatu tajuk atau permasalahan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan secara bermakna.

Dalam kaedah ini, murid-murid diberi peluang sepenuhnya dalam membina pengetahuan mereka sendiri berasaskan tajuk yang diberikan dengan mendapatkan input-input melalui bacaan luas daripada teknologi maklumat dan sebagainya dalam menghasilkan produk yang realistik. Secara tidak langsung murid-murid akan diberi ruang dan peluang mengembangkan kecekapan dalam menguasai teknologi maklumat dan komunikasi semasa menerokai alam siber untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

Pembelajaran berasaskan projek berkehendakkan murid-murid berbincang dalam kumpulan untuk menyiapkan tugasan dan projek atau menyelesaikan masalah yang diberikan secara bersama serta menggunakan pengetahuan dan peralatan tertentu dalam menghasilkan sesuatu produk, memperoleh penyelesaian atau membuat sesuatu laporan. Dalam menggunakan pengetahuan dan peralatan tertentu ini, murid-murid akan membina suatu pengetahuan dan kemahiran baharu.

Sehubungan dengan itu, pembelajaran melalui kaedah ini bukan hanya berfokus kepada penghasilan produk tugasan, penyelesaian masalah atau laporan berteraskan projek yang dijalankan tetapi memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran baharu yang dibina dan digunakan dalam menghasilkan tugasan projek. Hal ini demikian kerana melalui kaedah pembelajaran ini, murid-murid berpeluang merancang, mereka bentuk dan melaksanakan projek yang diberi serta membuat refleksi berkenaan proses yang dilakukan dan produk yang terhasil.

Pembelajaran berasaskan projek, mengemukakan projek. masalah atau tugas yang autentik serta memberikan peluang mewujudkan simulasi yang lebih realistik untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, kaedah pembelajaran ini amat bersesuaian dalam menyediakan murid-murid menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka terutama dalam bidang kerjaya.

PENDIDIKAN ALAF BARU

|

Pendekatan Pendidikan Alaf Baru

Seluruh dunia mengalami ledakan teknologi maklumat dan komunikasi yang memberi impak dalam semua bidang kehidupan manusia dan bidang pendidikan juga tidak dapat lari daripada tempias arus kemajuan globalisasi ini. Setiap maklumat diperoleh melalui kemudahan akses internet yang memberi laluan kepada pengguna khususnya golongan pelajar mendapatkan maklumat dengan lebih mudah, meluas dan efisien.

Sehubungan dengan itu, kurikulum sekolah yang selama ini mengaplikasikan pendekatan pembelajaran berpusatkan guru (teacher centered learning) menuntut perubahan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid (student centered learning). Hal ini selaras dengan tuntutan kehidupan masa depan generasi muda yang memerlukan mereka memiliki kemahiran berfikir dan belajar (thinking and learning skils) yang mencakupi kecekapan menyelesaikan masalah (problem solving), berfikir secara kritis (critical thinking), kolaborasi dan kemahiran berkomunikasi.

Kesemua kemahiran berfikir dan belajar ini boleh dikuasai oleh murid-murid sekiranya guru mampu merancang aktiviti pembelajaran yang mengandungi aktiviti atau kegiatan yang memerlukan murid-murid berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan permasalahan atau semasa menyiapkan tugasan yang diberi. Dalam aktiviti pembelajaran ini juga, murid-murid didorong dan dituntut untuk berkolaborasi dalam kumpulan yang dibentuk.

PROJECT BASED LEARNING

|

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5
Tema : Permainan Tradisional
Tajuk : Wau Bulan
Muat Turun Hasil Projek : Microsoft Office Power Point