Kawasan ini membolehkan perokok-perokok menghisap rokok dengan tidak mengganggu orang awam. Pihak polis sedia memberikan kerjasama untuk memastikan peraturan ini dipatuhi. Kementerian Dalam Negeri telah bercadang untuk mengenakan denda sebanyak RM1000 hingga RM2000 atau sebulan penjara jika sabit kesalahan.
Menurut Menteri kesihatan, langkah-langkah yang diambil ini adalah untuk mengawasi pencemaran udara oleh asap rokok yang boleh membahayakan kesihatan. Tambahan pula, kadar pesakit jantung di negara kita semakin bertambah dari semasa ke semasa akibat ketagihan merokok. Kerajaan juga telah meletakkan tanda ‘dilarang merokok’ di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti hospital, stesen minyak, pawagam dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, masih terdapat perokok yang tidak mengendahkan amaran dan larangan tersebut. Malahan ada yang tidak tahu akan bahaya narkotin di dalam rokok. Beliau amat berharap agar pihak-pihak yang berkenaan dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya demi menjaga kesihatan orang ramai.
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kertas : Pemahaman
Jenis Petikan : Berita
Tahap : 2
Soalan Latihan :
0 comments:
Post a Comment