PENDIDIKAN ALAF BARU

|

Pendekatan Pendidikan Alaf Baru

Seluruh dunia mengalami ledakan teknologi maklumat dan komunikasi yang memberi impak dalam semua bidang kehidupan manusia dan bidang pendidikan juga tidak dapat lari daripada tempias arus kemajuan globalisasi ini. Setiap maklumat diperoleh melalui kemudahan akses internet yang memberi laluan kepada pengguna khususnya golongan pelajar mendapatkan maklumat dengan lebih mudah, meluas dan efisien.

Sehubungan dengan itu, kurikulum sekolah yang selama ini mengaplikasikan pendekatan pembelajaran berpusatkan guru (teacher centered learning) menuntut perubahan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid (student centered learning). Hal ini selaras dengan tuntutan kehidupan masa depan generasi muda yang memerlukan mereka memiliki kemahiran berfikir dan belajar (thinking and learning skils) yang mencakupi kecekapan menyelesaikan masalah (problem solving), berfikir secara kritis (critical thinking), kolaborasi dan kemahiran berkomunikasi.

Kesemua kemahiran berfikir dan belajar ini boleh dikuasai oleh murid-murid sekiranya guru mampu merancang aktiviti pembelajaran yang mengandungi aktiviti atau kegiatan yang memerlukan murid-murid berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan permasalahan atau semasa menyiapkan tugasan yang diberi. Dalam aktiviti pembelajaran ini juga, murid-murid didorong dan dituntut untuk berkolaborasi dalam kumpulan yang dibentuk.

0 comments: